Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

💗 IBU TAK SANGKA TERHANTUK BIASA MENYEBABKAN BAYI ALAMI PENDARAHAN DI KEPALA 💗





Bila kita lihat anak kita jatuh dan terhantuk, disebabkan sudah terbiasa dengan situasi tersebut, kadang-kadang kita pandang sebelah mata saja insiden tersebut. Yalah, si manja baru saja belajar berjalan, mestila banyak benda dia nak explore.

Tapi, lain pula kisah kanak-kanak ini apabila hidupnya bertukar sama sekali selepas mengalami kecederaan terhantuk di kepala. Tambah memilukan, apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian kepala hadapan dan belakang bola mata anak kecil itu.

Baca Juga:

Kisah si kecil ini dikongsi oleh ibunya, Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebook. Ia menyentuh hati ramai netizen apabila beliau berkongsi kisah anak lelakinya yang tiba-tiba jatuh sakit selepas kepalanya terhantuk akibat terjatuh.

Pada Mulanya Hanyalah Terhantuk Biasa…
Ibu Tak Sangka Terhantuk Biasa Menyebabkan Bayi Alami Pendarahan Di Kepala
Hanya kerana terhantuk biasa, si kecil ini disahkan mempunyai pendarahan dalam otaknya.
“Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail” seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata.. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, mama dan papa redho akan ujian Allah ini. Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yang diberi.

Pada mulanya Iman hanya terantuk biasa sahaja. Iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terantuk yang menyebabkan dia cedera luka. Hanya terantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja. Kami membawa Iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala Iman. Selepas ujian x-ray dibuat, keputusan x-ray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius. Kami pulang ke rumah dengan hati tenang.

Anak Mula Demam On Off


Ibu Tak Sangka Terhantuk Biasa Menyebabkan Bayi Alami Pendarahan Di Kepala

Muhammad Iman terjatuh sebelum kepalanya terhantuk ketika bermain di rumah pada 17 September lalu dan insiden itu menyebabkan kepalanya benjol.

Selepas seminggu Iman demam on off. Kami bawa Iman ke klinik swasta biasa untuk ambil antibiotik. Seminggu Iman ambil antibiotik, Iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambik keputusan untuk bawa Iman ke hospital semula untuk follow up kes Iman jatuh tu. Kepala Iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol, sampai di Hospital HSNZ, Kuala Terengganu Iman terus dibawa ke bahagian kecemasan dan diletakkan di zon kuning.

Selepas diperiksa darah haemoglobin Iman rendah dan CT scan dibuat. Hantukan yang dialami Iman terkena betul-betul di saraf darah di kepalanya. Hasil CT scan Iman menunjukkan memang ada pendarahan di dalam kepala Iman. Luluh dan remuk hati mama mendengar ape yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan.

Baca juga:

Ketumbuhan Di Kepala, Doktor Ambil Sum-Sum Tulang

Ibu Tak Sangka Terhantuk Biasa Menyebabkan Bayi Alami Pendarahan Di Kepala
Nursalsabila berkata, buat masa ini, dia dan suami masih menunggu hasil keputusan ujian terhadap sum sum tulang belakang anaknya dan berharap perkhabaran diterima nanti tidak mengecewakan.
Semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil CT scan yang dibuat tu juga ada dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata iman. Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila Iman demam dan darah dijangkiti kuman. Seminggu Iman di wad diberi antibiotik untuk membunuh kuman yang ada. Tapi Iman tetap demam.



Jadi pada hari ini, Iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami Iman. Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang iman.

‘Cepat Sembuh Iman…‘
Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang menggembirakan dan Iman akan dirawat dengan secepatnya. Mohon sahabat-sahabat doakan agar Iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA. Aaminnn…

Baca Juga:

Pesan Mama Siti:
Mama Siti harap keputusan yang bakal diterima adalah keputusan yang menggembirakan buat Puan Nursasabila dan keluarga. Hati ibu mana yang tak sedih apabila melihat keadaan anak yang dikandung selama 9 bulan jatuh sakit.  Sama-sama kita panjatkan doa agar adik Iman kembali sembuh seperti sediakala. Moga dipermudahkan segala urusan buat adik Iman dan keluarga.